6607
2023-07-31 11:08:08
Open
Shafie bin Wahab
Bot karam, Pulau Timun
31 July 23
2022-08-07
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Enam pemancing berhadapan detik cemas
apabila terapung hampir 16 jam di laut, selepas bot yang dinaiki mereka karam di
kedudukan 8.2 batu nautika tenggara Pulau Timun dekat Langkawi, semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan
Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima
laporan berhubung kejadian itu, daripada seorang nelayan pada pukul 8.55 pagi tadi.
Bot berkenaan dilaporkan karam pada pukul 6 petang, semalam akibat cuaca buruk.
APMM kemudiannya telah mengatur gerak bot PERKASA 1228 ke lokasi, selepas
menerima aduan berhubung penemuan enam orang sedang terapung di laut.