6610
2023-07-31 11:53:10
Open
Shafie bin Wahab
31 July 23
2022-08-07
K2, Pendaki OKU
Internal
Black and white
Bernama
Kejayaan menakluk puncak kedua tertinggi dunia iaitu
K2 di Pakistan adalah hadiah pendaki solo negara yang juga Orang Kurang Upaya
(OKU), T. Ravichandran, untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini.
Ravichandran, 57, yang dikenali sebagai Ravi Everest hari ini kembali ke tanah air
selepas berjaya menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi
waktu tempatan, 22 Julai lepas bersama lima lagi pendaki solo terhebat dunia dengan
diiringi lima sherpa.
"Ia satu penghormatan untuk membawa dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak
K2 terutama sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini," katanya kepada
pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di
sini hari ini.