6615
2023-08-01 11:21:17
Open
Shafie bin Wahab
Bahasa Melayu, Pegawai
01 August 23
2022-08-11
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
Bernama
Sebagai usaha memperkasakan penggunaan
bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, ketua jabatan hendaklah memastikan
setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya.
Perkara itu dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM),
Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan
Awam yang disertakan bersama surat edaran bertarikh 9 Ogos 2022 ditandatangani
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Pekeliling itu menyatakan persediaan serta tindakan proaktif seperti menyediakan
kemudahan, perkhidmatan penterjemahan dan peruntukan kewangan hendaklah
diambil sewajarnya bagi memastikan arahan penggunaan bahasa Melayu
sepenuhnya dapat dilaksanakan.