6487
2023-07-23 15:11:12
Open
Shafie bin Wahab
Banjir kilat, Gua Musang
23 July 23
2022-11-13
Malaysia
Black and white
Bernama
Banjir kilat yang melanda hampir 50 kali dalam
tempoh setahun semestinya menimbulkan rasa bimbang dan cemas kepada lebih 50
keluarga yang tinggal di Kampung Batu Papan 2, di sini, setiap kali tibanya musim
Monsun Timur Laut (MTL) di Kelantan.
Penduduk Chong Lip Meng, 48, berkata penduduk menghadapi isu tersebut semenjak
lebih lima tahun lalu malah terdapat beberapa rumah yang sering menjadi tempat
tumpuan apabila banjir berlaku.
"Setiap kali hujan lebat lebih dua jam, air akan mula naik dan menenggelamkan
jambatan utama yang menghala ke rumah saya. Malah, enam rumah di sini sering
dilanda banjir kilat.