6489
2023-07-24 09:49:46
Open
Shafie bin Wahab
Peribahasa, Ejaan
24 July 23
2022-11-14
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Papan tanda Pakatan Harapan (PH) di
kawasan Parlimen Kluang yang mengandungi kesilapan ejaan pada peribahasa yang
digunakan telah diturunkan setelah pihak parti itu menyedari kesilapan.
Calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang Wong Shu Qi dalam satu
kenyataan hari ini berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia
dipasang pada Jumaat lepas sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.
Papan tanda tersebut yang mengandungi kesilapan itu tertera ‘berat sama dipukul,
ringan sama dijinjing’, yang sepatutnya berbunyi ‘berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing’.