6490
2023-07-24 10:02:18
Open
Shafie bin Wahab
Turkiye, Snuker Dunia
24 July 23
2022-11-14
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Bekas pemenang pingat emas Sukan SEA Moh Keen
Ho kini merasakan bebanan dipikul sebagai pemain utama snuker negara semakin
berkurangan susulan kejayaan rakan sepasukan, Lim Kok Leong pada Kejohanan
Snuker Amatur Dunia 2022 di Antalya, Turkiye, Jumaat lepas.
Keen Ho, yang sering menjadi sandaran negara dalam mana-mana kejohanan
mahupun temasya sukan sebelum ini, percaya pencapaian membanggakan Kok
Leong mampu menjadi titik tolak terhadap kebangkitan pemain snuker negara di
persada antarabangsa.
"Saya rasa lega sikit sekarang, tekanan juga semakin berkurangan. Harapan saya
agar sukan snuker negara lebih maju selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.