6492
2023-07-24 10:07:27
Open
Shafie bin Wahab
PRU 15, Kerajaan baharu
24 July 23
2022-11-21
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Perkembangan politik negara ketika ini terus
menjadi tumpuan warganet apabila rata-rata mereka turut sama berteka-teki
mengenai pembentukan kerajaan Persekutuan baharu yang akan mentadbir negara.
Perbualan mereka yang mengikuti rapat perkara itu khususnya di media sosial
menjurus kepada teka-teki gabungan parti politik yang akan memerintah negara untuk
tempoh lima tahun akan datang.
Platform media sosial hari ini dibanjiri dengan kata kunci 'PH-BN', 'Anwar', 'Zahid',
'DSAI' dan 'Seri Pacific' yang sohor kini di laman Twitter susulan pertemuan beberapa
pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific, di
sini hari ini.