6493
2023-07-24 10:14:10
Open
Shafie bin Wahab
TFC, Piala Malaysia
24 July 23
2022-11-22
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Terengganu Football Club Sdn Bhd
(TFCSB) mengecam sekeras-kerasnya tindakan penyokong yang melakukan
kekacauan dan kekerasan ke atas pasukan Selangor FC selepas perlawanan separuh
akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) tengah
malam tadi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ab Rasid Jusoh berkata tindakan tersebut disifatkan
sebagai tidak bertamadun dan tidak menggambarkan keperibadian keseluruhan
penyokong skuad Penyu yang telah menunjukkan disiplin baik sepanjang perlawanan
musim ini.
Sehubungan itu pihaknya mengemukakan permohonan maaf kepada seluruh pihak
pengurusan dan pemain Selangor yang terkesan dengan insiden buruk berkenaan.