6508
2023-07-24 12:50:10
Open
Muhammad Fazlizan bin Abd Ghani
Agama Islam, Sifat Amanah
24 July 23
2023-07-24
Malaysia
Color
Harian Metro
Antara hadis eskatologi Islam yang boleh dikaitkan dengan sistem pilihan raya dalam negara demokrasi ialah hadis daripada Abu Hurairah RA katanya: Sewaktu Nabi SAW berbicara dalam suatu majlis, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi, lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?" Jawab Baginda: "Apabila amanah dipersia-siakan, maka tunggulah saat kiamat tiba." Lalu seseorang bertanya:"Bagaimanakah ia dipersia-siakan?" Jawab Baginda: "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kiamat tiba." (Riwayat al-Bukhari)