7744
2023-12-04 09:52:20
Open
Shafie bin Wahab
Rang Undang-Undang (RUU), Hukuman Mati Mandatori
04 December 23
2023-04-11
Malaysia
Black and white
Bernama
Rang Undang-Undang Pemansuhan
Hukuman Mati Mandatori 2023 yang diluluskan Dewan Negara hari ini tidak akan
memberi kesan kepada peningkatan kes-kes jenayah berat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi
Institusi) Ramkarpal Singh berkata kadar jenayah tidak hanya bergantung kepada
hukuman berat semata-mata, malah tiada kajian menunjukkan hukuman mati sebagai
langkah pencegahan jenayah yang terbaik.
"Malah sebelum ini satu jawatankuasa yang diketuai bekas Ketua Hakim N egara
sudah pun membuat kajian mengenai perkara ini dan mendapati kesan pencegahan
tidak seperti yang dikatakan. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar
berlakunya jenayah seperti aspek ekonomi, sosial dan psikologi.