7776
2023-12-06 10:40:35
Open
Shafie bin Wahab
Fenomena Alam, Gerhana
06 December 23
2023-04-12
Malaysia
Black and white
Bernama
Malaysia akan mengalami gerhana matahari
separa pada 20 April ini bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang
berlaku ke utara dari benua Australia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai
berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula 11 pagi hingga selewat-lewatnya 2
petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1
tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.
"Bagi pemerhati di Semenanjung Malaysia, litupan permukaan matahari ketika
maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 15 peratus, manakala di Kuching,
Sarawak mencecah sehingga 30 peratus dan di Kota Kinabalu, Sabah pula 34 peratus
dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau,” menurut kenyataan itu.