8992
2024-03-18 11:36:06
Open
Shafie bin Wahab
Pertubuhan Belia, MBN
18 March 24
2023-07-22
Malaysia
Black and white
Bernama
Majlis Belia Negeri Perak menyasarkan 30 peratus keahliannya terdiri daripada golongan wanita, justeru lebih ramai belia wanita disaran menyertai pertubuhan belia di bawah majlis berkenaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Saarani berkata penyertaan lebih ramai belia wanita dapat membantu merealisasikan kepentingan kaum hawa dalam kelompok pembuat keputusan.
"Sebagai langkah pertama, semua pertubuhan belia perlu bergerak ke arah sekurang-kurangnya 30 peratus keahlian wanita di semua peringkat kepimpinan dalam organisasi masing-masing. Ini masa kita," katanya dalam ucapan Perasmian Karnival Sambutan Hari Belia dan Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan negeri dekat sini, hari ini.