7010
2023-09-11 10:10:34
Open
Shafie bin Wahab
SPPP, PUM22
11 September 23
2022-10-03
Malaysia
Internal
Microsoft® Word 2019
Black and white
Bernama
Seramai 39,315 mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT)
sepenuh masa dan usahawan dalam kalangan keluarga B40 mendaftar bagi inisiatif
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) sejak Januari 2021 hingga 31 Ogos
lepas.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Azman Mohd Yusof berkata SPPP yang diperkenalkan pada Disember 2020
itu, memberi peluang kepada kelompok berkenaan mendaftarkan perniagaan mereka
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 tanpa dikenakan bayaran.
“Kalau tengok statistik, 18,001 pendafaran terdiri daripada pelajar IPT manakala
21,314 lagi usahawan B40. Ini menunjukkan bilangannya perlu dipertingkatkan sebab
lebih banyak peratusan (yang mendaftar) untuk melahirkan usahawan lebih bagus
dan bagi tahun ini sahaja kita sasarkan 20,000 yang mendaftar SPPP.