8691
2024-02-13 10:12:01
Open
Shafie bin Wahab
Emosi, Industri siber
13 February 24
2023-07-12
Malaysia
Black and white
Bernama
Wanita dalam industri siber boleh meningkat dan memupuk kemahiran kepimpinan masing-masing dengan mengintegrasi emosi ke dalam pendekatan yang diambil oleh mereka, kata Pengarah Urusan Alpine Integrated Solution Malaysia Anita Jacobson.
Anita, yang telah berkecimpung dalam industri siber hampir tiga dekad, berkata sebagai peneraju dalam bidang yang didominasi oleh lelaki, kaum hawa harus menggunakan emosi mereka secara positif.
“Saya rasa cabaran terbesar ialah menguruskan emosi sebagai seorang pemimpin. Saya bersyukur kerana sebagai insan biasa, saya masih mempunyai perasaan dan tidak mengapa jika sesekali beremosi,” katanya kepada Bernama selepas majlis makan tengah hari Wanita Siber sempena Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2023 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.