8991
2024-03-18 11:27:53
Open
Shafie bin Wahab
Tamil, Sasterawan
18 March 24
2023-07-22
Malaysia
Black and white
Bernama
Kelonggaran syarat semasa untuk Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah berupaya melahirkan sasterawan dan karyawan Tamil di negara ini.
Bekas Ketua Jabatan Pengajian India Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr M. Krishnan berkata sebelum ini ramai pelajar India dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) ‘terkandas’ untuk meneruskan Bahasa Tamil di sekolah menengah akibat tidak mempunyai minimum 15 pelajar.
“Namun, sekarang apabila syarat itu dilonggarkan ia akan melahirkan lebih ramai yang berkecimpung dalam kesusasteraan Tamil dan boleh menghasilkan karya-karya sastera.
“Mereka juga berpeluang menjadi pensyarah Bahasa Tamil kerana berupaya meneruskan pengajian bahasa itu di menara gading,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Perasmian Persidangan Penyelidikan Tamil Antarabangsa ke-11 di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.