9055
2024-03-20 14:57:05
Open
Shafie bin Wahab
Denai konservasi, Bukit Larut
20 March 24
2023-07-14
Malaysia
Black and white
Bernama
Denai konservasi di Maxwell Base Camp yang terletak di kaki Bukit Larut dibangunkan untuk tujuan pembelajaran berkonsepkan informatif dan interaktif kepada para pengunjung.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata bahagian pertama denai sepanjang 220
meter yang telah dibangunkan pada Ogos tahun lepas setelah memperoleh kebenaran daripada kerajaan negeri Perak, mula dibuka sejak 17 Jun dan akan dipanjangkan secara berperingkat dari semasa ke semasa.
Beliau berkata denai konservasi itu dibangunkan atas inisiatif sebuah syarikat pengurusan acara sukan, Malaysia Mountain Train Festival (MMTF) dan ia merupakan projek kelestarian yang mengutamakan biodiversiti, pemuliharaan alam semula jadi, pengurangan karbon serta kemampanan alam sekitar.