9172
2024-04-01 09:49:08
Open
Shafie bin Wahab
Dewan Rakyat, Parlimen
01 April 24
2023-07-14
Malaysia
Black and white
Bernama
Dewan Rakyat hari ini menerima pemakluman kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang berkuat kuasa mulai semalam, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Beliau, dalam kenyataan hari ini, berkata pemakluman kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen berkenaan diberitahu menerusi surat bertarikh 13 Julai daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Menurut Johari, pemberitahuan itu selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan berikutan keputusan mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu.
Katanya, kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan penyandangnya Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim daripada PAS tidak mengemukakan rayuan yang berakhir pada Selasa lalu selaras dengan Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.