9173
2024-04-01 09:54:48
Open
Shafie bin Wahab
Robotik, POLYCC
01 April 24
2023-07-24
Malaysia
Black and white
Bernama
Pasukan Robotik Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) mempamerkan prestasi cemerlang pada Kejohanan RoboWorld FIRA 2023 apabila berjaya memenangi enam pingat sekali gus melepasi sasaran awal lima pingat pada pertandingan itu di Jerman.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi, dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan robotik POLYCC yang diwakili oleh enam peserta dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) meraih masing-masing dua pingat emas, perak dan gangsa.
Pasukan PSIS menyumbang satu pingat emas melalui acara ‘Tripple Jump’, pingat perak bagi acara ‘Archery’ dan gangsa bagi acara ‘Lift & Carry’, manakala pasukan PSAS pula berjaya meraih pingat emas melalui ‘Lift and Carry’, acara ‘Basketball’ (perak) dan acara ‘Archery’ (gangsa).