8244
2024-01-18 12:18:45
Open
Shafie bin Wahab
Bola Jaring, Kejohanan Remaja Asia
18 January 24
2023-06-18
Malaysia
Black and white
Bernama
Semangat berpasukan yang dipamerkan skuad bola jaring remaja kebangsaan menjadi kunci kepada kejayaan pasukan itu, mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia buat kali ketujuh di Jeonju, Korea Selatan semalam.
Kapten Pasukan Siti Maisarah Affandi berkata kemenangan itu juga amat bermakna, kerana ia membolehkan skuad berkenaan berjaya menempah slot beraksi di Kejohanan Remaja Dunia 2025 di Gibralta, Sepanyol.
Pemain berusia 21 tahun yang memegang posisi penjaring gol (GS) itu bagaimanapun berkata beliau tidak dapat beraksi pada kejohanan berprestij pada 2025 itu, kerana sudah melebihi had umur yang ditetapkan.
Namun beliau berharap atlet yang bermain mewakili negara pada kejohanan remaja dunia itu nanti, akan lebih kukuh dan mempamerkan prestasi lebih baik.