8245
2024-01-18 12:22:36
Open
Shafie bin Wahab
Menyamar, Polis
18 January 24
2023-06-05
Malaysia
Black and white
Bernama
Polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu yang mengejar sebuah kenderaan di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Sedenak di Kulai seperti ditularkan di media sosial hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan berhubung video berdurasi 27 saat itu daripada seorang anggota polis pada 1.52 tengah hari.
"Satu video dimuat naik oleh seorang pemilik akaun 'Freeman Gan WT' di laman Facebook memaparkan dirinya dikejar sebuah kereta yang menyamar sebagai pasukan polis semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya.
"Suspek dipercayai tiga lelaki bangsa tidak pasti memakai pelitup muka dan menggunakan lampu beacon biru seakan pasukan polis telah cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kenderaan yang dipandu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.