8246
2024-01-18 12:40:34
Open
Shafie bin Wahab
Penarik kereta, Pinjaman wang
18 January 24
2023-06-02
Malaysia
Black and white
Bernama
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian suspek merampas dan melarikan sebuah kereta jenis Perodua Axia di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang dekat sini semalam yang videonya turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata tiga lelaki berusia 27 hingga 49 tahun itu ditahan secara berasingan di Seberang Jaya dan Butterworth, di sini serta Kuala Kangsar, Perak semalam.
"Dalam kejadian 7.45 pagi semalam itu, mangsa yang memandu Perodua Axia telah berhenti di lampu isyarat berkenaan sebelum tiba-tiba didatangi tiga lelaki yang bertindak menariknya keluar (dari kereta), suspek kemudiannya membawa lari kereta itu.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kerana ibu kepada lelaki yang memandu kereta tersebut gagal membayar pinjaman wang sebanyak RM100,000 daripada seorang lelaki yang dipinjamnya pada 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.