7508
2023-11-08 12:28:11
Open
Shafie bin Wahab
Pastri, ECER
08 November 23
2023-03-22
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
"Bukan senang nak jadi senang, bukan susah
nak jadi susah," itulah antara kata-kata motivasi yang sering menjadi pegangan ibu
kepada enam cahaya mata, Nor Azlina Zakaria, 55, untuk terus berusaha
mengembangkan perniagaan berasaskan pastri yang diceburinya.
Menurut Nor Azlina, beliau tidak menyangka berkat kesabarannya selama enam
tahun mempelajari ilmu pastri telah membuahkan hasil apabila mampu memiliki bakeri
sendiri dan menghasilkan 21 jenis pastri seperti roti siput, roti kacang merah, roti sosej
dan roti manis sehingga pendapatan mencecah sebanyak RM4,000 sebulan.
"Saya tidak menyangka perniagaan pastri ini semakin mendapat sambutan dalam
kalangan penduduk di sini kerana pada awalnya saya hanya mahu membantu suami,
Abdul Aziz Ahmad, 62, yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat balak untuk
menampung perbelanjaan harian keluarga.