6858
2023-08-21 10:41:20
Open
Shafie bin Wahab
Felda, Bangsa
21 August 23
2022-08-28
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Ibarat keluarga. Itu pertalian yang kerap bermain
di mulut peneroka FELDA Lepar Hilir 3 di sini, bagi menggambarkan keakraban dan
keharmonian mereka walaupun berlainan bangsa dan agama.
Bagi M. Nagatewan, 64, keputusan untuk memasuki tanah rancangan itu pada tahun
1988 bagi mencari kehidupan lebih stabil buat keluarga adalah keputusan terbaik
dibuatnya walaupun daripada 336 peneroka di situ, hanya dia bersama 10 lagi
keluarga berbangsa India.
Kesusahan hidup di penempatan yang hanya 'setahun jagung' usianya waktu itu,
dengan ketiadaan bekalan elektrik, tanah merah sebagai laluan masuk, lokasi yang
agak terpencil dengan majoriti tiada kenderaan sendiri, menjadikan mereka saling
mengambil berat akan satu sama lain.