6880
2023-08-22 10:56:53
Open
Shafie bin Wahab
Decoupage, Seni kreatif
22 August 23
2022-08-28
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Minat yang mendalam terhadap seni "decoupage”
sejak lebih 30 tahun lepas akhirnya dapat direalisasikan sebagai salah satu sumber
pendapatan buat pesara, Saedah Jeragan, 63, yang kini aktif dalam industri seni
kreatif itu kira-kira empat tahun lepas.
Saedah yang menghasilkan pelbagai produk kraf menggunakan tisu khas yang
diimport dari Jerman itu berkata produk seni "decoupage” kini mendapat permintaan
yang tinggi dan sesuai dijadikan sebagai cenderamata dan barangan perhiasan
rumah yang terdiri daripada mangkuk tingkat, tudung saji, kotak tisu dan botol air dan
beg.
Usahawan kecil dan sederhana yang menggunakan platform Facebook dan
Instagram di bawah nama 'tiaraartcraft' itu berkata seni "decoupage” adalah teknik
gunting dan tampal (lekat) menggunakan tisu pelbagai corak dan warna pada
pelbagai permukaan seperti plastik, kain, besi, kayu dan porcelain.