6882
2023-08-22 11:04:01
Open
Shafie bin Wahab
Menghendap, Pindaan akta
22 August 23
2022-08-28
Malaysia
Internal
Microsoft® Word 2016
Black and white
Bernama
Kepada penghendap, anda perlu berhati-hati
selepas ini kerana pindaan Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi memasukkan
perbuatan menghendap sebagai satu jenayah dibentang untuk kali pertama di Dewan
Rakyat hari ini.
Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan
seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi
kesalahan menghendap.
"Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk
menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu
berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan
keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap,” menurut naskah biru
yang diedarkan di Parlimen.