6901
2023-08-24 11:12:12
Open
Fazlizan bin Abd Ghani
Agama Islam, Qadak Dan Qadar
24 August 23
2023-08-24
Malaysia
Color
Bukan semua perancangan yang kita sediakan mampu berlangsung dengan sempurna. Sesekali kita bertembung juga dengan situasi yang menyebabkan
kegagalan. Bukan semua keinginan untuk hidup dalam kerangka yang diagendakan berjaya diterjemahkan dengan sebaik-baiknya. Ada ketikanya kita terpaksa berhadapan dengan keadaan yang mendukacitakan. Betul kata orang dulu-dulu bahawa, 'Hari tak selamanya cerah kerana ada masanya hujan di tengah hari.' Begitulah dengan suratan takdir Allah yang lebih awal dirancang buat sekalian makhluk-Nya.