8168
2024-01-11 12:15:51
Open
Shafie bin Wahab
Madani, FAMA
11 January 24
2023-06-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan untuk melaksanakan sebanyak 60 Program Jualan Agro Madani di seluruh negeri itu dengan anggaran hasil jualan mencecah RM1 juta dalam tempoh enam bulan bermula Jun ini.
Pengarah FAMA Melaka Hairudin Yunos berkata penganjuran program berkenaan akan dianjurkan sebanyak 10 kali pada setiap bulan secara serentak di ketiga-tiga daerah di negeri itu dengan menyasarkan lokasi berhampiran kompleks kerajaan, outlet peruncitan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kawasan perumahan B40, projek perumahan rakyat di bandar dan luar bandar.
"Program Jualan Agro Madani merupakan penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang menawarkan jualan pelbagai barangan antaranya produk segar seperti ayam, ikan dan daging, barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung serta beras.