8214
2024-01-17 09:44:00
Open
Shafie bin Wahab
Muslim, Pelancongan
17 January 24
2023-06-05
Malaysia
Black and white
Bernama
Pengiktirafan Malaysia sebagai 'Destinasi Mesra Muslim Terbaik' dan 'Destinasi Mesra Wanita Muslim Terbaik', baru-baru ini dilihat dapat membantu mempromosikan Malaysia kepada dunia dan mempergiatkan kaedah menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.
Pemilik sebuah agensi pelancongan, Muslimtravelbug Sdn Bhd Mohd Saddam Irrban Shamsuddi berkata selari dengan pengiktiran itu, industri pelancongan Malaysia seharusnya memilih untuk mewujudkan lebih banyak produk berkaitan Muslim yang akan menarik lebih ramai pelancong Muslim melawat tempat-tempat menarik di Malaysia.
Beliau berkata agensinya sedang bersiap sedia untuk memberi fokus terhadap inbound sebagai sumber utama pendapatan mereka agar dapat menampung permintaan pelancongan dalam industri dan menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata budaya adat berkenaan mampu dijadikan sebagai produk utama pelancongan negeri, selain menyediakan peluang perniagaan berkaitan dengan Adat Perpatih atau produk tradisional Negeri Sembilan.
Beliau berkata acara dengan peruntukan RM500,000 melalui Belanjawan 2023 yang bertemakan ‘Seadat Tidak Seresam’ itu, turut memberikan pengalaman gastronomi kepada pengunjung melalui program promosi makanan Negeri Sembilan, dan permainan tradisi seperti batu seremban dan dam harimau.