8158
2024-01-10 14:33:51
Open
Shafie bin Wahab
Perpustakaan Awam, Peruntukan
10 January 24
2023-05-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan menerima peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada Perpustakaan Negara pada tahun ini bagi pembelian buku termasuk kos perbelanjaan untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan.
Pengarahnya Mohd Shamsul Baharin Isa berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM207,000 disalurkan kepada tujuh perpustakaan cawangan dan 34 perpustakaan desa di seluruh negeri untuk aktiviti pembangunan modal insan.
Beliau berkata pihaknya sedang giat menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan semula jumlah pengunjung ke perpustakaan susulan pandemik COVID-19.
"Sambutan orang awam ke perpustakaan di Kelantan sebelum pandemik amat memberangsangkan tetapi selepas itu jumlah pengunjung merudum dan penurunan ini amat ketara.