8210
2024-01-15 16:14:22
Open
Shafie bin Wahab
Budaya, Adat Perpatih
15 January 24
2023-06-07
Malaysia
Black and white
Bernama
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini julung kalinya menganjurkan Perpatih Fest di sini bertujuan memperkasa Adat Perpatih, sekali gus mempromosikan keunikan adat itu terutama kepada generasi muda dan masyarakat luar.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata budaya adat berkenaan mampu dijadikan sebagai produk utama pelancongan negeri, selain menyediakan peluang perniagaan berkaitan dengan Adat Perpatih atau produk tradisional Negeri Sembilan.
Beliau berkata acara dengan peruntukan RM500,000 melalui Belanjawan 2023 yang bertemakan ‘Seadat Tidak Seresam’ itu, turut memberikan pengalaman gastronomi kepada pengunjung melalui program promosi makanan Negeri Sembilan, dan permainan tradisi seperti batu seremban dan dam harimau.