8215
2024-01-17 09:48:52
Open
Shafie bin Wahab
Pelancongan, TOURLIST
17 January 24
2023-06-20
Malaysia
Black and white
Bernama
Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing And Enforcement System (TOURLIST), sebuah platform digital untuk memudah cara permohonan lesen industri pelancongan dalam talian secara menyeluruh, dilancarkan secara rasmi hari ini.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah automasi permohonan pendaftaran dan penggredan hotel dan spa serta kelulusan automatik permohonan pengecualian pemandu pelancong.
Beliau berkata perkhidmatan lain ialah pengeluaran lesen secara janaan komputer, pemantauan aduan yang efisien, serta pembayaran secara dalam talian.
“Capaian Sistem TOURLIST ini boleh diakses di mana-mana, baik di laman web atau aplikasi mudah alih, yang disuaipadankan dengan perkembangan teknologi.