8164
2024-01-11 11:42:41
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, Akok ikan
11 January 24
2023-06-07
Malaysia
Black and white
Bernama
Seorang pengusaha kuih tradisional mengambil langkah berani melakukan inovasi terhadap akok, kuih tradisi masyarakat di Kelantan dan Pantai Timur, dengan menambah serunding ikan dalam adunan kuih itu, bermula dua tahun lepas.
Zaharah Mohd Nor, 43, berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran pada mulanya, ternyata kelainan yang dicipta itu kini berjaya mendapat tempat di hati pelanggan sehingga ada yang menjadi pelanggan tetap sekali gus meraih pendapatan lumayan.
Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau mengusahakan perniagaan akok di depan rumah sejak lima tahun lepas sebelum didekati wakil Jabatan Perikanan Negeri yang mencadangkannya melakukan inovasi akok berasaskan ikan.