8204
2024-01-15 15:30:17
Open
Shafie bin Wahab
Madani, TVET
15 January 24
2023-06-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) khusus untuk wanita, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata program berkenaan adalah di atas saranan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia milik penuh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
“Saya telah uruskan pengambilan seramai 15,000 wanita untuk masuk dalam TVET khas wanita ini, Alhamdulillah,” katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Bagi menjawab isu perumahan belia yang dibangkitkan Pemuda UMNO pada perhimpunan agung sayap itu Khamis lepas, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan telah meluluskan rumah transit MADANI di bawah skim perumahan transit belia seluruh negara.