7722
2023-12-03 10:53:43
Open
Shafie bin Wahab
Capal, Jago Gemilang
03 December 23
2023-04-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Menjelang Aidilfitri, seorang pengusaha capal
di sini, Badril Shahidan Hashim tidak menang tangan menyiapkan capal tradisional
yang menerima tempahan tinggi daripada pelanggannya.
Badril Shahidan, 42, yang merupakan pemilik ‘Capal Jago Gemilang’ berkata beliau
menerima sehingga 300 tempahan capal setakat ini dan berusaha menyiapkannya
setiap malam ketika Ramadan ini memandangkan perlu melayan pelanggan pada
waktu siang.
"Saya akan cuba menyiapkan sekurang-kurangnya 25 pasang capal dalam tempoh
20 jam sehari, bergan tung kepada corak capal,” katanya kepada Bernama baru-baru
ini.