7723
2023-12-03 10:58:28
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, Bazar ramadan
03 December 23
2023-04-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Bazar Ramadan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) menjadi platform untuk mengasah potensi keusahawanan dalam
kalangan mahasiswa serta membina pengalaman berniaga bagi menjana pendapatan
sendiri.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM Prof Datuk
Dr Norazah Mohd Nordin berkata program tersebut bertujuan memberi peluang serta
pendedahan aktiviti keusahawanan khususnya kepada usahawan siswa universiti
berkenaan.
“Seramai 22 peniaga usahawan siswa mengambil peluang ini untuk menjual pelbagai
menu juadah berbuka puasa di tapak bazar yang bersebelahan dengan Dewan
Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.