7731
2023-12-03 11:23:43
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, AADK
03 December 23
2023-04-16
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Akibat tersalah memilih kawan semenjak 20 tahun
lalu, perjalanan kehidupan Ali (bukan nama sebenar) berubah sekelip mata apabila
terjerumus dengan kegiatan penyalahgunaan najis dadah.
Ali, 44, yang juga Orang Kurang Upaya (Penglihatan) berasal dari Mukim Kubang
Sepat, di sini, mula mengambil bahan terlarang (pil kuda) sewaktu berusia 24 tahun
yang pada ketika itu dia bekerja sebagai buruh binaan.
"Saya ambil pil kuda ini sebab pengaruh rakan-rakan dan saya guna duit saya sendiri
untuk beli pil kuda yang dijual dengan harga RM10.
"Bayangkan betapa banyak duit saya buang begitu sahaja semata-mata makan
benda terlarang itu yang langsung tidak beri faedah kepada diri saya malah ia
sebenarnya merosakkan kehidupan saya dan memalukan keluarga," katanya ketika
ditemui Bernama di sini hari ini.