7743
2023-12-04 09:48:45
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, Beleda
04 December 23
2023-04-05
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
Bernama
Setiap kali lebaran, agar-agar kering atau lebih
dikenali "beleda kering” dalam kala-ngan masyarakat Pantai Timur pasti menjadi
buruan penggemarnya.
Pengusaha agar-agar kering Nik Nur Radhiah Nik Kamaruzaman, 32, yang mewarisi
kemahiran menghasilkan manisan itu berkata dia yang dibantu tiga pekerja tidak
menang tangan memenuhi permintaan pelanggan sejak awal Ramadan.
Bercakap kepada Bernama, Nik Nur Radhiah berkata keluarganya adalah antara
pengusaha yang aktif menghasilkan beleda kering di Kelantan sejak lebih 40 tahun
lepas, hasil resipi yang diwarisi daripada moyangnya.
"Pembuatan agar-agar kering nampak seperti mudah, tetapi sebenarnya agak rumit
dan memerlukan tenaga kerja terutama semasa memotong (dipanggil ‘mengerat’)
bentuk agar-agar bagi mengelak ia mudah patah sekali gus rosak.