7745
2023-12-04 09:57:03
Open
Shafie bin Wahab
Guinness World Records, Maraton
04 December 23
2023-04-25
Malaysia
Black and white
Bernama
Pelari maraton negara Mohd Syahidan Alias
melakar sejarah baharu dalam Guinness World Records (GWR) selepas muncul
sebagai pelari terpantas bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS
London Marathon 2023, Ahad lepas.
Mohd Syahidan, atau lebih dikenali sebagai Edan Syah, kelihatan teruja selepas
mencatatkan masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer
itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.
Beliau telah berkongsi detik bersejarah itu menerusi hantaran di laman Instagram
rasmi miliknya.