7772
2023-12-06 09:44:25
Open
Shafie bin Wahab
Tradisional, Busana Melayu
06 December 23
2023-04-17
Malaysia
Black and white
Bernama
Kecintaan terhadap tradisi dan budaya
Melayu mendorong empat beradik dari Kampung Pulau Manis Serada di sini,
mengusahakan perniagaan capal dan tanjak sekali gus memartabatkan busana
Melayu asli itu.
Walaupun permintaan terhadap busana tradisional Melayu lama itu tidak sehebat
songkok dan baju Melayu terutama menjelang Syawal, ia tetap memiliki peminatnya
tersendiri dan masih mendapat tempat di pasaran.
Mohd Rafi Kori, 44, berkata dia memulakan perniagaan capal dan tanjak bersama
abangnya, Kamarul, 49, serta dua adik, Mohd Arif, 38, dan Ghazali, 36, sejak 2010.
Mohd Rafi berkata pada awalnya mereka hanya berniaga capal pada Ramadan di
Dataran Shahbandar, tetapi diperluas ke lokasi lain ekoran sambutan yang
menggalakkan.