6300
2023-07-10 09:34:08
Open
Shafie bin Wahab
Bantuan Rakyat, Bajet 2023 Terengganu
10 July 23
2022-11-28
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Kerajaan Terengganu hari ini
mengumumkan Bajet 2023 merangkumi RM1.991 bilion untuk Perbelanjaan
Mengurus; RM500 juta Perbelanjaan Pembangunan dan RM30 juta Perbelanjaan
Bekalan Air.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan bajet
bertemakan ‘Memacu Terengganu Berdaya Tahan’ itu berkata kerajaan negeri
menggariskan tiga teras sebagai pendekatan pelaksanaan Bajet 2023 iaitu
Menyantuni Rakyat, Memacu Ekonomi dan Melestarikan Pembangunan.
Katanya di bawah perbelanjaan mengurus, sebanyak RM93.13 juta diperuntukkan
bagi perbelanjaan tanggungan dan RM1.897 bilion bagi perbelanjaan bekalan yang
merangkumi RM271.65 juta untuk emolumen; RM249.17 juta (perkhidmatan dan
bekalan); RM25.94 juta (aset); RM1.35 bilion (pemberian dan kenaan bayaran tetap);
dan RM1 juta (Iain-lain).