6301
2023-07-10 09:48:08
Open
Shafie bin Wahab
Pokok tumbang, Dihempap pokok
10 July 23
2022-11-28
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Seorang bayi lelaki yang cedera dihempap pokok ru
yang tumbang di Pantai Puteri, Tanjong Kling petang semalam, meninggal dunia
ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka kira-kira pukul 12.38 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ketika kejadian,
mangsa Mohd Zafran Ilman Mohd Sazwan berusia satu tahun empat bulan berada
dalam dukungan ibunya, Nurulhuda Md Ali, 34, yang turut cedera dihempap pokok
itu.
"Polis menerima maklumat awam kira-kira pukul 6.43 petang semalam dan ketika tiba
di lokasi pihak kita mendapati sebatang pokok ru telah tumbang selain terdapat dua
mangsa di tempat kejadian.
"Difahamkan keluarga mangsa dari Kajang, Selangor datang bercuti dan menginap di
sebuah pusat peranginan di situ. Sewaktu kejadian mangsa yang sedang mendukung
bayinya berjalan ke arah pantai, secara tiba-tiba pokok itu telah tumbang lalu
menimpa mangsa dan anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.