6304
2023-07-10 11:37:05
Open
Shafie bin Wahab
Tong cat, Padi
10 July 23
2022-11-28
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Lari daripada kebiasaan, seorang bekas
anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menanam padi berskala kecil di
halaman rumahnya di Kampung Kandang Hilir di sini menggunakan tong cat terpakai
berbanding resam kehidupan padi di sawah.
Eddrus Iskandar Abd Hamid, 35, berkata idea tercetus apabila melihat ibu saudaranya
berjaya menghasilkan tanaman padi di dalam pasu lantas memulakannya sejak
pertengahan tahun ini.
"Pada permulaan, ibu saudara saya menggunakan baja sekam padi untuk tanaman
di rumahnya seperti cili dan sebagainya. Dalam sekam padi itu wujud sebutir padi
yang tidak terbakar dan dari situ dia tercetus tanam padi dalam sebuah pasu,” katanya
kepada Bernama.
Eddrus Iskandar yang berkhidmat selama 15 tahun dengan TLDM berkata beliau tidak
menyangka cubaannya membuahkan hasil memandangkan pada awalnya hanya
ingin mencuba kerana tertarik dengan kaedah penanaman padi dalam tong cat yang
mudah dan kos efektif.