6335
2023-07-11 08:00:22
Open
Nur Athirah Najihah binti Nawang
Pelaburan, Perindustrian
10 July 23
1991-11-04
Malaysia
Private sector
Black and white
Utusan Malaysia
Terengganu akan menerima lebih $100 juta pelaburan dari Republik Singapura tahun depan sebagai hasil lawatan rombongan pelaburan negeri yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Petroleum, Industri dan Sumber Manusia, Haji Mamat Ghazalee Abdul Rahman ke republik tersebut baru-baru ini. Pelaburan pertama dijangka datangnya dari pelabur yang telah bersetuju mendirikan sebuah kilang elektronik dengan pelaburan melebihi $20 juta tahun depan. Selain daripada itu, empat pelabur lain juga bersetuju melabur lebih $85 juta dalam industri perkayuan, plastik, simen dan granit.