6352
2023-07-11 10:11:38
Open
Ahmad Izzudin bin Ramli
Pulau Bidong, Pendatang Tanpa Izin
11 July 23
1988-04-21
Terengganu
Private sector
Black and white
Utusan Malaysia
Pulau Bidung di Terengganu yang menjadi tempat sementara penempatan orang-orang pelarian Vietnam sejak lapan tahun lalu akan ditutup dalam tempoh setahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Yusof Noor berkata, tempoh tersebut dijangka akan dikuatkuasakan sebaik sahaja rundingan mengenai perkara itu dengan pihak - pihak tertentu diadakan tidak lama lagi.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian kira- kira 100 buah Al-Quran sumbangan. Menteri Wakaf Arab Saudi di Institut Dakwah Islamiah PERKIM di sini hari ini, beliau menambah, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat kabinet semalam berikutan rayuan masyarakat tempatan dan permintaan kerajaan negeri yang mahukan semula pulau tersebut.