6355
2023-07-11 11:02:34
Open
Shafie bin Wahab
Luar bandar, Usahawan Desa
11 July 23
2022-11-13
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Kerajaan terus memberikan tumpuan kepada sektor
keusahawanan yang merupakan antara elemen penting untuk memacu
pembangunan ekonomi termasuk dalam kalangan penduduk luar bandar, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata walaupun negara telah mencapai kejayaan dalam konteks
pembangunan infrastruktur di luar bandar, namun bidang ekonomi masyarakat luar
bandar perlu diperkasakan.
"Kita mahu penduduk kampung kita menceburi pelbagai bidang ekonomi yang bukan
hanya aktiviti ekonomi tradisional seperti bertani dan menoreh getah atau sebagai
nelayan kecil bagi mereka yang tinggal di pinggir pantai.
"Usahawan luar bandar sentiasa mempunyai peluang dan ruang untuk meningkatkan
pencapaian sedia ada ke tahap lebih tinggi kerana kita mempunyai kepakaran,
potensi dan kemudahan yang sentiasa berkembang," katanya semasa berucap
merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Kerayong di sini hari ini.