6360
2023-07-11 11:30:31
Open
Nur Athirah Najihah binti Nawang
Pendidikan, Kurikulum
11 July 23
1991-01-18
Malaysia
Terengganu
Private sector
Black and white
Utusan Malaysia
Satu kurikulum bersepadu khusus untuk pemimpin-pemimpin pergerakan pengakap negeri ini telahpun di gubal dan akan diperkenalkan tidak lama lagi, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri, Haji Ahmad Anuar Mohamad memberitahu hari ini. Bagaimanapun kurikulum ini tidak penting kalau ia tidak dihayati dan di pergunakan sepenuhnya untuk memajukan pergerakan, kata beliau yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) di majlis perasmian Perkhemahan Pengakap Muda Dan Remaja di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, di sini. Perkhemahan yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut itu bertemakan ke arah peningkatan sahsiah insaniah.