6361
2023-07-11 11:31:47
Open
Muhammad Fazlizan bin Abd Ghani
Agama Islam, Fitnah
11 July 23
2023-07-10
Malaysia
Color
Harian Metro
Terang dan nyata bahawa fenomena bersosial pada hari ini menyaksikan semakin membiaknya perbuatan memfitnah yang seolah-olah fitnah itu tidak ada apa-apa hukumnya di sisi agama. Tanpa segan dan berasa berdosa ada segelintir yang tergamak untuk menabur ucapan berunsur fitnah sedangkan budaya lisan sebegitu terlalu keji yang dimurkai Allah SWT. Misalnya, dalam musim pilihan raya baik semasa PRU-15 lalu mahupun ketika kita semakin hampir kepada pilihan raya negeri (PRN)
yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti, fenomena menabur fitnah menjadi bahan mainan di tepi bibir.