7974
2023-12-26 10:26:08
Open
Shafie bin Wahab
MYSA, Anugerah
26 December 23
2023-05-06
Malaysia
Black and white
Bernama
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menggondol Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2023 bagi kategori penggunaan serta penyelesaian teknologi geospatial angkasa dalam bidang keselamatan makanan dan pertanian semalam.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah itu diberikan sempena persidangan Forum Geospatial Dunia 2023 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Mei 2023 di Pusat Konvensyen dan Hotel Postillion, Pusat Dagangan Dunia Rotterdam, Belanda.
Kemenangan itu diraih melalui inovasi yang diperkenal Malaysia dengan memanfaatkan teknologi geospatial angkasa penderiaan jauh dalam membangun serta mengoperasikan Sistem Maklumat Geospatial Padi (MakGeoPadi).