7918
2023-12-19 09:58:24
Open
Shafie bin Wahab
IKIM, Runtuh
19 December 23
2023-05-31
Malaysia
Black and white
Bernama
Enam petugas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengalami cedera ringan selepas bumbung Dewan Besar IKIM di Blok B, premis IKIM di Langgak Tunku, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, runtuh dalam kejadian pada 11.55 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.56 pagi dan seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Hang Tuah dikerah ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada 12.13 tengah hari, didapati runtuhan melibatkan keseluruhan bumbung dewan dan seramai enam kakitangan wanita berumur 30 hingga 50 tahun yang berada di kawasan kejadian didapati mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.