7966
2023-12-21 09:42:08
Open
Shafie bin Wahab
Kenaf, Kemarau
21 December 23
2023-05-14
Malaysia
Black and white
Bernama
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mengarahkan penangguhan sementara penanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu berikutan musim kemarau yang melanda, kata Ketua Pengarah LKTN Idris Mohd Salleh.
Bagaimanapun, beliau berkata tanaman itu masih diteruskan di beberapa negeri lain termasuk Kedah, Perlis dan Pahang.
"Oleh kerana kenaf adalah tanaman jangka pendek dan kita mendapat maklumat kemungkinan kemarau akan berterusan, jadi kita mengambil langkah menangguhkan penanamannya melibatkan keluasan 300 hektar di Kelantan dan 200 hektar di Terengganu.
"Kita sedang melihat semula penanaman kenaf ini, jika berterusan kita bimbang akan memberi kerugian kepada 33 petani di Kelantan dan 43 petani di Terengganu," katanya.